Baru pertama kali aku berasa begini,
Dengan hati yang hancur dan penuh duka,
Seolah-olah separuh nyawaku telah tiada,
Semua ini berlaku disebabkan kebodohan aku,
Aku tidak pernah menghargai dia,
Bukan juga aku tidak sayang sama dia,
Aku sayang dia sangat-sangat,
Hanya Tuhan yang tahu betapa rindunya aku sama dia,
Namun ini semua berlaku disebabkan aku tidak mendengar kata-kata dia,
Dan kini balasannya ialah aku telah kehilangan dia,
Aku tidak pernah berharap perkara sebegini akan berlaku,
Tetapi, mungkin inilah jalan yang telah ditakdirkan oleh Tuhan untuk aku,
Aku hanya boleh menerimanya dengan hati yang ikhlas,
Walaupun sukar untuk menerima kenyataan bahawa dia telah tiada di sisi ku.
Sebelum ini aku memang pernah bercinta,
Namun baru kini aku merasa betul-betul kehilangan seseorang insan yang aku sayangi,
Dalam jalinan hubungan yang aku jalankan,
Baru hari ini, waktu ini, detik ini PINTU HATI aku TERKUNCI untuk SESEORANG yang berada di MASA LALU ku.
Sangat pedih bila aku mengenangnya kembali,
Dengan harapan yang tinggi dia akan menjadi milik aku lagi,
Dan orang itu hanya Tuhan yang tahu,
Sukar untuk aku ungkapkan dengan kata-kata,
Tetapi semua ini amat perit untuk aku hadapi sendiri,
Aku hanya ingin menjadi seperti dahulu kala,
Yang selalu senyum tanpa sebarang masalah mahupun hati yang hancur,
Yang merasa diriku DISAYANGIM DIJAGA , & diberi perhatian serta belaian KASIH SAYANG seorang kekasih yang memahami dan menerima aku apa adanya.
Namun, adakah ini semua hanya akan menjadi angan-anganan ku ? :/
Dalam sesuatu hubungan memang ada masalah,
Jika tiada maka hubungan itu hanyalah penuh dengan kepura-puraan,
Tanpa ada perasaan yang ikhlas serta jujur bercinta,
Kekadang CINTA itu INDAH,
Ianya akan menjadi indah jika kita diberi kasih sayang, belaian penuh mesra,
Namun cinta itu juga perit bagi aku untuk menerimanya namun harus juga aku hadapi,
Apabila kita kehilangan seseorang itu,
Bru juga kita belajar untuk menyesalinya,
Kenapa kita tidak berfikir sebelum kita BERTINDAK ?
Jawapannya sudah tentu semua orang tahu,
Kerana kita telah syok dibelnggu dengan perasaan cinta.
Yang hanya ingin aku katakan ialah cinta itu MEMILUKAN!
Tidak banyak kemanisan dalam bercinta hanya kepahitan,
Terlalu banyak kenangan yang sukar dilupakan,
Dan terlalu perit juga untuk diingati <3
----> Aku hanya mampu mengungkapkan apa yang ada di HATI aku.