Monday 27 June 2011

Punca-punca berlakunya fenomena ponteng sekolah dalam kalangan pelajar

            Ponteng? Apa itu ponteng? Ponteng adalah istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah.  Menurut Kamus Dewan ponteng boleh dedifinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugasan tanpa kebenaran. Istilah ini digunakan bagi kes ketidakhadiran yang berpunca daripada keinginan pelajar itu sendiri. Definisi sebenar mungkin berbeza mengikut sekolah, tetapi biasanya diterangkan secara jelas dalam peraturan setiap sekolah di Malaysia.
Sejak kebelakangan ini, berita tentang remaja menimbulkan masalah sosial sering kedengaran di mana-mana sahaja tak kira tempat . Hal ini diheboh-hebohkan melalui media massa tempatan. Sebenarnya, masalah sosial yang membabitkan remaja berlaku di seluruh dunia. Terutamanya mengenai isu pelajar ponteng sekolah. Sehubungan dengan itu, ada sesetengah pihak yang menyalahkan pengaruh rakan sebaya sebagai punca utama yang menyebabkan berlakunya masalah sosial ini. Pada saya, selain pengaruh rakan sebaya, terdapat banyak lagi punca lain.
Memang tidak dapat kita nafikan bahawa pengaruh rakan sebaya adalah salah satu punya yang menyebabkan sesetengah remaja terlibat dalam kegiatan yang tidak sihat ini. Saling mempengaruhi adalah sifat semula jadi manusia. Dalam usia mereka yang baru setahun jagung ini, remaja mudah terpengaruh dengan anasir-anasir luar. Bersesuaian dengan sifat seorang remaja yang sentiasa ingin mencuba menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan segala aspek yang disogokkan kepada mereka. Mereka yang jahil tidak dapat menilai sesuatu itu dengan baik. Contohnya, ponteng sekolah dan seterusnya melepak di pusat hiburan di luar sana. Perkara seperti ini sukar dibendung tanpa pengawasan daripada keluarga sendiri.
                Faktor yang seterusnya ialah pelajar mempunyai masalah peribadi yang dia sendiri tidak dapat elakkan. Contohnya seperti, didapati masalah yang berlaku dalam rumah tangga turut menjadi faktor kepada keruntuhan moral di kalangan remaja. Kepincangan yang berlaku dalam rumah tangga ibubapa mereka telah menyebabkan mereka berasa tekanan. Malahan, kepincangan rumah tangga ibubapa mereka yang sibuk dengan kerjaya atau sudah tidak sehaluan lagi turut menjadi beban kepada anak-anak remaja dan akhirnya menyebabkan mereka tidak ingin ke sekolah.
                Selain itu, seorang pelajar yang tiada matlamat dalam pembelajaran mereka lalu bersikap tidak mengambil berat terhadap pembelajaran dan akhirnya menyebabkan mereka malas hendak ke sekolah lalu memilih untuk meluangkan masa untuk melepak.  Perbuatan melepak ini ialah perbuatan yang tidak melakukan sebarang kerja kerana malas atau duduk di sesuatu tempat dengan berbual-bual kosong sepanjang hari. Jika ditelitikan, perbuatan melepak ini sebenarnya membawa banyak aspek keburukan kepada kita.
                Masalah seumpama ini membawa banyak kesan buruk kepada aspek pembangunan sosial negara kita malahan juga membawa nama buruk kepada sekolah kita sendiri. Tambahan pula, perbuatan yang sedemikian akan menjejaskan masa depan para remaja itu sendiri. Namun ini semua berlaku akibat sikap remaja itu sendiri yang menjurus kepada masalah keruntuhan moral remaja. Mereka sentiasa menurut hawa dan nafsu dalam menentukan haluan hidup. Namun, apa yang dapat dirumuskan ialah segala kemelut mempunyai jalan penyelesaiannya.       




NO COPY RIGHT OUKAYY ? :D I'M DONE WITH ESEI SO IM OFF :) TATA ^^