Wednesday 25 May 2011

Next EPISODE of my LIFE STORY ;)

Izinkan diriku yang tidak seberapa ini,
Untuk memeluk kembali cinta yang pernah kita jalinkan,
Andai kau tahu apa yang tersirat di dalam isi hatiku,
Ingin aku nyatakan dan ungkapkan seberapa besar cintaku untuk mu,
Kaulah lelaki terindah yang pernah hadir dalam diriku,
Aku disini masih menanti cinta lama itu kembali padaku lagi,
Berharap cinta kita akan bersatu kembali walaupun aku tahu sukar untuk terjadi,
Namun , aku hanya mampu berharap dan berserah kepada Tuhan sahaja.


Hati ini betul-betul merasa kehilangan,
Yang sebelum ini tak pernah aku merasainya,
Aku tahu hubungan aku dan dia tidak seberapa lama seperti iyang aku inginkan,
Tapi hanya dia lelaki yang telah menutup pintu hatiku untuk bercinta lagi,
Ingin sekali aku untuk memulakan hidup baru tanpa dia di sisi,
Dan ingin juga diri ini untuk mencintai orang lain,
Namun aku tidak dapat melakukan semua itu lagi,
Kerana hatiku telah terkunci dan hanya tertumpu pada seseorang,
Hidup aku masa kini dibelenggu cinta dia,
Yang selalu sedih dan rindu akan dirinya,
Diri ini masih pada zaman aku dan dia masih bersama :/